Untuk Maklumat Lanjut Mengenai Produk & Perkhidmatan Kami, Sila Hantar Emel Kepada Kami.
Kami Sentiasa Sedia Membantu Anda.
1. Bilakah waktu operasi dan khidmat pelanggan?
Kami beroperasi pada hari Sabtu – Khamis, 9.00pg - 6.30 ptg. Anda boleh hubungi kami melalui WhatsApp di 016 - 923 6368 (Sales) untuk sebarang pesanan atau dan pertanyaan.
2. Bagaimana dengan harga produk?
Harga produk kami adalah beserta penghantaran adalah percuma sekitar Kemaman.
3.Adakah Perabot KeanLong mempunyai promosi?
Ya. Kami sentiasa menyediakan promosi yang menarik buat para pelanggan. Sila klik di sini untuk melihat tawaran istimewa kami
Anda juga boleh follow kami di FB, Shopee, dan My furniture store untuk ketahui promosi istimewa kami serta tawaran lain.
4. Adakah Perabot Kean Long membekalkan perabot custom?
Semestinya! Sila hubungi pegawai khidmat langgan kami untuk pertanyaan lanjut
1. Bagaimana untuk saya semak status pembelian?
Jika anda berada di Zon Kemaman, kami akan menghantar barang anda mengikut masa dan tarikh yang telah dipersetujuan semasa membuat pembayaran.
Jika anda berada di luar zon Kemaman, kami akan memberi nombor jejakan (tracking) kepada anda selepas penghantaran dibuat. Anda boleh semak pada portal courier tersebut.
2. Apa itu tempahan awal (pre-order / Sampai-Call-Hantar)?
Tempahan awal berlaku apabila terdapat kelewatan produk tiba di gudang kami. Tempoh tempahan awal adalah 7-14 hari bekerja. Apabila produk telah tiba, kami akan menghubungi anda secepat mungkin untuk proses penghantaran.
3. Adakah saya perlu melakukan pengukuran sebelum membuat pesanan?
Kami sangat mengesyorkan anda untuk mengambil ukuran ruang sebelum membuat pembelian. Setiap produk di laman web ini juga mempunyai dimensi/ukuran perabot bagi memudahkan anda membuat pilihan.
4. Mengapa pesanan saya ditangguhkan atau perlu ditukar?
Dalam keadaan tertentu, pesanan anda akan ditangguh penghantaran kerana kelewatan vendor untuk menghantar produk kepada gudang kami atau kelewatan servis pihak kurier. Sekiranya situasi ini timbul, kami cuba akan memberi pilihan kepada anda samaada boleh menunda tarikh penghantaran atau menggantikan produk lain yang sama nilai atau lebih.
5. Bagaimana jika alamat bil dan penghantaran saya berbeza?
Semasa membuat pesanan di kedai atau dalam talian, sila maklumkan kepada kami alamat penghantaran dan alamat bil anda.
6. Bolehkah saya membeli secara dalam talian dan mengambil di kedai?
Ya, anda boleh membawa pulang sendiri pembelian anda ke rumah. Jika anda membuat pesanan melalui Shopee, anda perlu menerima pesanan anda melalui kurier.
7. Bolehkah saya mendapat diskaun untuk pesanan besar?
Sila hubungi pengurus pemasaran kami untuk berbincang dengan lebih lanjut.
8. Bolehkah saya membatalkan pesanan saya?
Boleh, jika pesanan belum diproses atau ditempah di kilang
9. Boleh saya membuat perubahan pada pesanan saya?
Boleh, jika pesanan belum diproses atau ditempah di kilang.
1. Adakah Perabot Kean Long menerima pindahan wang melalui online banking?
Ya. Sila kemukakan bukti pembayaran setelah anda selesai membuat pembayaran kepada kami.
2. Adakah Perabot Kean Long menerima COD (cash on delivery)?
Semua pesanan mesti dibayar sebelum penghantaran.
1. Di manakah penghantaran anda?
Kami melakukan penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia.
2. Berapa lama saya akan menerima barang selepas pesanan?
Bergantung kepada stok dan lokasi penghantaran. Lazimnya 1-2 hari bekerja untuk sekitar Kemaman atau 1-2 minggu untuk luar kawasan Kemaman.
3. Adakah perabot saya perlu dipasang?
Sebilangan besar Perabot Kean Long memerlukan pemasangan sendiri. Jika anda mempunyai masalah pemasangan, boleh menghubungi khidmat pelanggan kami melalui telefon di Whatsapp 016 - 923 6368 (Sales)
4. Adakah Perabot Kean Long akan memasang perabot untuk pelanggan?
Servis pemasangan perabot hanya terdapat di kawasan penghantaran sekitar Kemaman sahaja, Ia merangkumi pemasangan, penyusunan dan pembuangan bahan bungkusan. Bagi kawasan luar Kemaman atau melalui khidmat kurier, manual pemasangan telah disediakan di dalam pembungkusan. Jika anda mempunyai masalah pemasangan, boleh menghubungi khidmat pelanggan kami melalui telefon di Whatsapp 016 - 923 6368 (Sales)
5. Adakah Perabot Kean Long mengenakan cas pengangkutan?
Ianya bergantung kepada produk yang dipesan dan lokasi anda. Terdapat produk yang tidak kenakan cas pengangkutan dan ada produk di kenakan caj pengangkutan.
6. Adakah Perabot Kean Long akan memindahkan perabot saya yang ada?
Sekiranya sekitar Kemaman, kami sedia membantu memindahkan perabot anda. Caj servis pemindahan perabot bergantung kepada jenis perabot dan lokasi.
7. Adakah Perabot Kean Long akan mengambil perabot lama saya untuk pelupusan?
Ya, tetapi hanya untuk pelanggan sekitar Kemaman. Caj servis pelupusan perabot bergantung kepada jenis perabot dan lokasi.
8. Bolehkah saya menjadualkan penghantaran barang?
Boleh sekiranya anda memesan perabot secara terus dengan Perabot Kean Long sama ada di kedai atau melalui telefon. Pelanggan boleh maklumkan masa dan tarikh untuk pihak kami membuat penghantaran. Jika pelanggan memesan barang melalui Shopee, pihak kami terpaksa mengikut prosedur dan peraturan Shopee.
9. Saya memesan beberapa item, adakah ia akan dihantar bersama?
Sekiranya semua barang anda ada dalam stok semasa penghantaran anda, semuanya akan dihantar pada masa yang sama. Jika tiada stok, pelanggan boleh memilih untuk dihantar selepas stok tersedia atau dihantar secara berasingan.
10. Bolehkah barang-barang saya berada di dalam bungkusannya sebelum dihantar?
Boleh. Kebanyakkan produk kami berada di dalam bungkusan pengilang.
11. Bolehkah saya meminta agar barang saya dipasang sebelum diambil atau dihantar?
Bergantung kepada terma dalam website sama ada boleh dipasangkan atau tidak. Sekiranya produk anda perlu dipasang sendiri dan berada dalam kotak, ia tidak boleh dipasang oleh kami.
12. Bagaimana jika perabot tidak muat untuk diletakkan pada ruang yang diingini?
Kami menasihati anda untuk mengukur terlebih dahulu keluasan ruang sebelum membuat pesanan perabot. Apabila perabot telah dihantar, ia tidak boleh dipulangkan kecuali membuat pertukaran dengan produk sama nilai atau lebih. Caj pengangkutan akan dikenakan.
1. Adakah produk Perabot Kean Long mempunyai waranti?
Ya, waranti bergantung kepada produk masing-masing. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami.
2. Adakah Perabot Kean Long menawarkan waranti tambahan?
Sementara ini, kami belum menawarkan waranti tambahan. Tetapi, kami mempunyai perkhidmatan baik pulih selepas penghantaran.
3. Bagaimana jika barang saya rosak dan polisi pulangan semula produk?
Anda mempunyai tujuh (7) hari untuk melaporkan sebarang kerosakan atau kecacatan kepada bahagian khidmat pelanggan kami. Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan yang berlaku akibat pelanggan memindahkan atau memasang produk. Kami memerlukan gambar yang jelas untuk mengatur perkhidmatan yang sesuai.
4. Apakah polisi pemulangan Perabot Kean Long? (Return Policy)
Polisi Bayaran Balik Atas Talian (online/ off line): Anda akan menerima bayaran balik sepenuhnya sekiranya anda membatalkan pembelian dalam masa 7-10 hari selepas penerimaan penghantaran. Terma ini hanya sah kepada produk yang rosak ketika penerimaan dan bukan kecuaian pembeli.
Polisi Bayaran Balik Di Kedai: Anda akan menerima bayaran balik sepenuhnya sekiranya anda membatalkan pembelian anda sekiranya pesanan anda belum diproses atau ditempah dikilang. Terma ini juga sah sekiranya kami kehabisan stok atau produk rosak semasa penerimaan.
(Company No. 201401038327 / 1114475-P)
©2025 Perniagaan Perabot Kean Long Sdn Bhd. Hak Cipta Terpelihara.