Blinking Text

PEMBELIAN ONLINE

Realisasikan Impian Kerjaya Anda

Kerjaya di Kean Long Group bagaikan sebuah keluarga. Kami sentiasa memberi bimbingan dan peluang untuk anda belajar, kongsi kemahiran, dan mencapai impian anda. Bekerja dengan rakan sekerja yang berpengalaman adalah cabaran utama di sini tetapi anda mempunyai peluang yang besar untuk meningkatkan kemahiran yang anda perlukan. Amat penting bagi kami adalah kejujuran, integriti dan hormat antara satu sama lain. 

Anda sedia menjadi sebahagian daripada keluarga KLG? Kami tidak sabar bertemu dengan anda. Sama-sama kita realisasikan impian kerjaya.

profil syarikat

Selama lebih 25 tahun, Perabot Kean Long telah berdedikasi untuk membantu masyarakat tempatan dengan lebih baik melalui perniagaan perabot. Bersesuaian dengan matlamat kami iaitu "Oleh Masyarakat Tempatan, Untuk Masyarakat Tempatan". Perabot Kean Long pada asalnya dibantu oleh dua orang masyarakat tempatan dan kini telah berkembang kepada lebih daripada 60 orang tempatan.

Staf Perabot Kean Long datang daripada pelbagai latar belakang dan kami sentiasa melatih menjadi staf professional dan bergerak dalam satu budaya iaitu budaya KLG. Ini kerana kami ingin mencapai sumbangan yang luar biasa.

Apakah anda seorang yang berimpian tinggi, mempunyai minat dan komitmen yang tinggi untuk mencapai kejayaan bersama kami, sila hantarkan resume anda sekarang!! Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada pasukan kami yang dinamik dan berjaya. Terima kasih.

  1. Untuk mengambil bahagian secara aktif dengan pelanggan kami.
  2. Untuk mengenali dan menghadapi cabaran pasaran semasa.
  3. Untuk mencipta masa depan yang lebih baik untuk semua.
  1. Mohon segera, sila hantar resume anda melalui Whatsapps wasap.my/60184006813 atau emailkan ke hr.keanlonggroup@gmail.com.
  2. Maklumkan jawatan yang anda minati.

jom sertai kami keluarga kean long group

Kami mencari bakat-bakat yang percaya kepada nilai-nilai teras kami untuk mendorong visi dan misi kami.

Peluang khas untuk OKU (pembelajaran) dan warga emas yang mencari pekerjaan untuk menambah pendapatan.

Kami menawarkan peluang kepada pelajar IPT untuk mendapatkan pengalaman praktikal dalam persekitaran kerja sebenar.​​