Blinking Text

PEMBELIAN ONLINE

Tentang kami

“Servis pelanggan terbaik! Hargai berbaloi! Menepati kehendak! Penghantaran laju! ” – Nur Fahana Mustafa, Google Review Perniagaan Perabot Kean Long.

“Barang² yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Mendapat layanan yang baik dan juga mesra pelanggan. Terima kasih kepada SP fifah dan juga yang lain.” – Aisyah Nadia, Facebook Perniagaan Perabot Kean Long.

“Terbaik seller. Walaupun kata tak jamin sampai sebelum raya tp sempat sampai. Sehari shj. Semalam shipped out harini sampai all the way from Terengganu to Sepang, Selangor. Recommend seller, nice dan responsive bila kita chat. Saya bagi 10 bintang!.” – Shopee Perabot Kean Long.

Tentang Perabot Kean Long

Sekitar tahun 1998, Perabot Kean Long hanya diusahakan oleh dua orang staf. Kemudian ia berkembang maju dan masyarakat mula mempercayai dan berpuas hati sehingga kini. Dengan slogan “Selesa dan Anggun… Dalam Jangkaun Anda”, Perabot Kean Long sentiasa menyediakan perabot yang berkualiti dengan harga yang sederhana demi merealisasikan impian pelanggan.

Di Perabot Kean Long, kami menekankan inovasi produk dan khidmat pelanggan. Kami menyediakan kepakaran dalam pemasangan, penghantaran dan membaiki perabot, jualan alat ganti perabot, servis pindah perabot dan sewa perabot. Selain itu, kami turut menawarkan ansuran melalui skim “Beli Dulu Bayar Kemudian”. Tambahan lain, kami turut menawarkan Trade-in sebagai kempen mencintai alam sekitar agar perabot lama tidak dibuang begitu sahaja.

Hubungi sekarang untuk rundingan percuma. Boleh juga membeli produk kami di myfurniturestore

Visi

Memberi kepuasan pelanggan dalam mencapai impian memiliki perabot rumah idaman.

Misi

Menjadi peneraju industri yang berdaya saing di Malaysia dan menawarkan perabot harga mampu milik dalam kemampuan masyarakat tempatan.